Uisshh..dah lama x bukak blog ni..huhu..bz3x..
Hari ni aku nak review tentang smartphone Samsung Galaxy Ace (SGA) yang baru aku beli ni..nama je baru, tp 2nd hand (2minggu je). Beli kat Pasaraya Hiong Kong Sungai Buluh..Kat situ mmg best..macam2 henpon ada...Mula2 plan nak cari Sony Touchscreen (aku ni mmg tegar Sony dr dulu lg)..jemu dah guna henpon keypad ni..Tapi sebenarnya aku jeles ngan hsbn guna Blackberry touch screen....hehe..sekali ternmpk Iphone 3G second hand..terus berkenan..beli terus belah..balik tu cuba la guna..mmg best, mcm2 game ade..hehe..TAPIII...huhu..sad story, sekali nak call, x boleh..huhhu...esok bawak balik ke kedai tu..mmg software prob..so cina tu suggest aku amik Samsung Ace, cam berkenan la plak..body sebijik cam Iphone..ok je laaa..pastu baru la bermula nyer sesi menggodek henpon...BEST henpon niii...
Paparan Muka
Paparan muka hadapan SGA juga kemas, dengan warna yang memang terang memang tidak menyakitkan mata. Skrinnya juga besar dan amat muat dengan barisan apps yang kita standby untuk letakkan di hadapan dan untuk masuk ke dalam menu untuk semua apps dan game yang ada dalam smartphone. Amat memudahkan sekali.
Typing Input
Dari segi input penulisan mesej, email dan sebagainya, SGA menawarkan 3 jenis input yang berbeza iaitu samsung keypad (porait dan 3×4 keypad) dan juga swype yang memudahkan cara anda menaip dengan hanya perlu layangkan jari anda ke mana-mana huruf yang anda mahu. Mudah bukan.
CPU Dan Android Market
Dari segi apps dan juga games, memang ada banyak pilihan di dalam android market. Di dalam sana ada beribu untuk dipilih dan diinstall. Untuk pengetahuan korang, aku dah install banyak game dan apps dalam SGA dan sampai sekarang masih lagi belum ada sekali pun crash, hang atau lagging pada SGA. Terima kasih kepada CPU 800MHz. Aku boleh bagi 5 out of 5.
Kamera
Kamera juga tidak mengecewakan anda, dengan flash yang ada mengambil gambar pada waktu malam sememangnya menyeronokkan. Walaupun kamera agak bagus tapi video masih perlu diperbaiki kerana mutu rakaman nya masih lagi belum mencapai HD.Bateri
Bateri SGA memang membuatkan aku paling syok pakai. Kalau dulu biasanya smartphone bateri tak akan betahan 1 hari jika digunakan secara berterusan. Tapi SGA memberikan keyakinan bahawa setiap full charges boleh bertahan sehingga 1 hari dengan penggunaan kerap seperti mengambil gambar, merakam video, panggilan dan sms.
Mesra Pengguna
Meskipun aku pengguna baru bagi android sebab sebelum ni aku menggunakan iOS (bukan nak kondem iOS ni), aku boleh nyatakan android SGA lebih mesra pengguna. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bapak aku yang tak berapa pandai main phone pun boleh pinjam SGA aku ni sehari sebab phone dia rosak.Kalau korang anak muda, nak smartphone yang berkualiti dan banyak function dan bajet under RM1000 aku rasa SGA adalah pilihan yang korang.
#Update Nota Kaki: Kalau korang terjumpa entri ini dan bercadang nak beli SGA, aku cadangkan baik korang angkat Samsung Galaxy W. Specs lebih tinggi dari SGA dan harga lebih dalam RM150+ macam tu je. Untuk specs Samsung Galaxy W( wonder boleh klik kat sini)
No comments:
Post a Comment