Sunday, March 18, 2012

Nora..dalam kenangan

Hari ni sekolah dibuka semula..selesas seminggu bercuti...meskipun orang lain bergembira, bercuti2an bersama keluarga, namun detik ini, kenangan bersama mereka masih terimbau di memori ini..kenangan bersama arwah kakak, abang ipar dan dua anak saudaraku...tika ini berjuraian air mata membasahi pipi..aku rindukan mereka..terlalu rindu..
Kakakku..Nora..nama yg sangat simple..tapi dialah kebanggaan kami sekeluarga..anak sulung dari 6 adik beradik..dia kesayangan kami, terutamanya emak..hubungan kami amat akrab..umur pun selang setahun je..byk yg kami kongsi bersama..

Kami bersekolah di SK ulu kenas..pergi sekolah berjalan kaki je..kerap kasut koyak ditapak, namun kami redha ngan kemiskinan ini..membaca buku ditemani pelita yg kadang kala terpadam sbb ketiadaan minyak..mandi ditelaga tika kegelapan menyelubungi alam..itu semua tidak mematahkan semangat kami..
Kakakku gemar menulis..aku plak suka melukis..namun kesibukan belajar aliran sains, menyebabkn minat ku itu terkubur begitu je..tapi kakakku terus melangkah dan akhirnya menjadi novelis sekolah..alhamdulillah, aku dan keluarga amat berbangga...Di sekolah SMSTA Manong, kakakku ini begitu famous..hehe..sebab dia cantik, lembut dan bersopan..ramai pelajar2 lelaki yang meminatinya..Bila aku masih ke sekolah yg sama, bias2 glemer tu dapat gak kat aku..hehe..tapi aku ni jenis tak suka melayan..muka bengis je..ramai gak la yang nak jadikan aku ni adik angkat..hahah..macam la aku tak tahu dia org tu sebenarnya nak tackle kakak aku tu..ada sekali tu, sorang mamat hantar 2 kad raya kat aku ngan kakak..dia kata dia konfius nak pilih yang mana...hahah..bengong la mamat tu..of course la aku awal2 di reject..siapalah aku..huhu...

Lepas SPM, kakakku berhijrah ke KL..bersama sijil menaip, kerja kerani yg mampu di apply..tiap kali cuti semester, pastinya aku akan menginap di rumah sewa kakak..apa lagi, cari kerja la..untk tampung duit saku..
Kenangan di KL paling indah utk diimbau..kami pernah menyewa di flat (sentol), rumah setinggan (sentol pasar), sewa bilik..hahah..paling tak boleh lupa sewa bilik kat sentol..bilik secoet je..duk 4 beradik..jiran2 bilik sebilik ada yg bujang..ada yg dah kawen..masa nak mandi paling kelakar..berato..nak ke jamban pun beratur..malu2 tolak ketepi..

Saat yang paling tak lupa masa aku konvo UM..yong yg solekkan aku..pas dah siap, yong peluk aku..hadiahkan cincin..cincin zhulian..sangat terharu...

Semasa dialam pekerjaan, yong sentiasa diburu lelaki yg suka melihat paras yg cantik..sampai bos dia yg dah ada bini pun duk usha2 dia..hahaha..sanggup berhabis2an..sampai serunya, lelaki Kelantan jadi pilihan yong.. Muhamad Amli B Husein..1st time kenal, yong kata nama dia Liza...laaa..pinjam nama kita lak..hehe..alhmdulillah, tak lama berkawan, dia orang kawen..
Anak pertama, perempuan..Nurul Fazira..hehe..peminat erra fazira kut akakku ini..yang ke-2 Amirul Akhmal..ke-3 Amirul Hakimi..ke-4 Amirul Sufi dan ke-5 Amirul Afiq..
Masa bujang2, tiap kali hujung minggu mesti aku lepak kt umah yong..suka ati tengok anak2 sedaraku membesar..masa tu aku kt UM..ulang alik naik moto Yamaha cup..huhu..

Preparation ICEEP12

16mac2012..friday..hari yg amat bz..setelkn conference ICEEP12 at Mongolia..
Details as follow:
Date: 23-24/6/12
Status: paper presenter


So hari ni upload paper dlm scientific.net, pastu settle kn reg fees: USD 450=RM1400 (approximately)
Pasni nak kena booked ticket, hotel..and the most importnt thing  is to renew my passport..huhu..money3x..
Anyway, it will be an unforgettable moment for me..cause i have never join international conference..alhamdulillah...

Sunday, March 11, 2012

ANAK NAKAL UJIAN ALLAH SWT

PUNCANYA kecil saja, tetapi amuk si kecil berlarutan apabila permintaannya tidak ditunaikan. Selepas puas menangis, meronta dan menjerit, si kecil mula membaling barang yang ada di sekelilingnya.

Pujukan si ibu tidak diendahkan. Geram ‘tunjuk perasaannya’ tidak dipedulikan oleh ibu, si kecil kemudian menggigit dan menarik rambut ibunya berulang kali. Hilang sabar dengan kerenah anak, akhirnya si ibu memukul si comel.

Situasi itu mungkin pernah dialami kebanyakan ibu atau bapa. Anak kecil membuat kerenah dan ‘tidak makan pujuk’, misalnya mahukan perhiasan kaca atau benda tajam sebagai permainan, mengamuk kerana perkara remeh seperti marah dengan usikan si abang, kemahuan untuk membeli mainan mahal tidak dipenuhi atau tidak mahu makanan yang terhidang tetapi minta makanan yang tiada.

Berdepan anak yang banyak kerenah kadangkala membuatkan ibu bapa kurang sabar.
Apapun, kerenah anak adalah ujian Allah. Ia menguji kesabaran dan keimanan manusia kepada Allah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 28 bermaksud: ”Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.”

Panel pendakwah dan pendidik, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata Allah sengaja menguji keimanan kita untuk melihat sama ada kita semakin bersyukur apabila dikurniakan zuriat atau semakin jauh daripada-Nya.

Segala ujian itu tidak terlepas daripada dua perkara, iaitu sebagai penghapus dosa atau peningkatan darjat.
“Apapun sebab kita diuji dengan kerenah anak, Allah bukan bertujuan menyeksa kehidupan kita, tetapi ini tanda kasih sayang-Nya. Sebelum ibu bapa memilih kaedah paling sesuai mendidik atau mengajar anak, mereka perlu pastikan tiga perkara iaitu mengenal pasti jenis kenakalannya, tahap nakal serta membezakan kesilapan dan kesalahan anak.

“Ibu bapa perlu faham jenis atau kategori kenakalan anak kerana pemahaman perkara ini penting supaya mereka dapat menangani masalah anak dengan betul dan berkesan.
“Selain itu, tahap kenakalan anak berbeza mengikut peringkat umur, jantina, kecerdasan akal fikiran, pengaruh rakan dan persekitaran, didikan, suasana keluarga dan taraf ekonomi sesebuah keluarga. Yang pasti, kenakalan anak yang usianya lebih besar adalah lebih serius berbanding anak kecil.
“Anak tidak sepatutnya dihukum kerana melakukan kesilapan, tetapi memadai dengan dinasihati supaya dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Contoh kesilapan ialah anak tidak sengaja memecahkan tingkap ketika bermain bola, manakala kesalahan pula adalah perbuatan yang tidak betul dan disengajakan. Ia terbahagi dua iaitu kesalahan besar dan kecil,” katanya.

Wan Akashah berkata, kesalahan besar ialah yang jelas melanggar syariat atau undang-undang dan boleh mendatangkan mudarat kepada dirinya dan orang lain. Contohnya anak sengaja bercakap bohong, tidak solat atau memukul rakan.
Kesalahan kecil pula biasanya tidak jelas melanggar syariat dan tidak membahayakan, tetapi mungkin melanggar peraturan manusia. Contohnya suka menconteng dinding atau tidak mahu buat kerja sekolah.

Sebagai manusia biasa, ada kalanya kerenah anak membuatkan ibu bapa hilang sabar. Selain asuhan baik, doa adalah kaedah penting yang mesti diamalkan ibu bapa dalam mendidik anak.

“Ada doa di dalam al-Quran untuk melembutkan hati anak supaya dengar cakap dan mudah mengerjakan solat. Antara doa yang perlu diamalkan ialah surah Toha ayat 1-5, surah al-Syura ayat 19 dan surah al-Hasyri ayat 21. Doa ini boleh diamalkan dengan meniup pada ubun rambut anak atau ditiup ke dalam air,” katanya.

Menurutnya, antara pendekatan lain yang boleh diambil dalam menangani kerenah anak ialah:
- Bersikap adil dalam semua perkara.
- Konsisten dalam tindakan menangani masalah.
- Jalin hubungan baik dengan anak.
- Jadikan diri sendiri sebagai contoh.
- Berlembut walaupun tegas.
- Tunjukkan kemesraan dan kasih sayang.
- Tunjukkan penghargaan pada anak.
- Jangan bezakan kasih sayang terhadapnya.
- Sesuaikan tindakan dengan watak.
- Kurangkan pengaruh negatif.
- Tunjukkan minat mendalam dalam menangani masalahnya.
- Beri peluang untuk anak meluahkan perasaannya.
- Adakan usrah keluarga.
- Jangan mengungkit kelemahannya.
- Dapatkan kerjasama keluarga.
Bagi masalah anak yang banyak menangis dan memberontak apabila kehendaknya tidak dipenuhi, ibu bapa perlu mengajar serta melatih anak menahan emosi. Ibu bapa perlu cipta suasana yang dapat menjauhkan anak daripada emosional seperti menangis.
Amaran atau gertakan seperti jika menangis lagi, permintaannya tidak dipenuhi boleh dikatakan kepada anak terbabit. Misalnya: “Jangan menangis lagi. Kalau menangis lagi, ibu tak mahu penuhi permintaan Haikal.”
Menurutnya, apabila berdepan kerenah anak nakal, antara kebiasaan ibu bapa ialah memukulnya sama ada menggunakan rotan, tangan atau tali pinggang sebagai hukuman.

“Tidak dinafikan cara itu sangat memberi kesan terhadap anak. Apapun, perlu diingat, memukul anak lebih banyak memberi kesan negatif jika salah caranya. Anak yang besar atau remaja tidak sesuai dihukum cara itu kerana menimbulkan emosi buruk, berdendam, trauma atau membentuk peribadi kasar,” kata Wan Akashah.
Menurutnya, terlalu kerap memukul juga membuatkan anak menjadi lali dan sakit dipukul tidak lagi memberi erti kepadanya. Anak hanya berkelakuan baik sementara di depan ibu bapa kerana tidak mahu dipukul tetapi apabila di luar pengawasan ibu bapa, mereka menjadi lebih liar.
Katanya, memukul anak nakal mesti kena caranya. Pada zaman dulu, rotan digunakan untuk mengajar anak iaitu selepas amaran tidak diendahkan, anak itu dirotan. Selepas dirotan, anak itu dinasihati supaya tak mengulangi kesilapan mereka..
Jom kita amalkn bersama2..
Diambil dr blog

Friday, March 9, 2012

Takaful Pru BSN

Anda sudah memiliki takaful??..Kenapa anda perlu memilikinya???
Kalau x der takaful..


mahal kan??..
kalau dah ada, tapi ajal dah sampai..
Jom ambil takaful segera..tapi takaful apa??..haaa..jom baca..
Kenapa takaful pru-bsn??
Ada lagi..
So..apa tunggu lagi..

Aku dan kesihatan

aduhaii..nape la batuk2 ni x nak baik2??..sakit 1 badan kalo batuk2 ni...
dah makan ubat 2 botoi...
 sebelum ni selesema..tapi dah ok..
Macam2 dugaan blaja ni..bila dah sakit, kena la cuti..nak focus pun x leh..uhuk uhukkkk...aduhai..
kena doa byk2 gak..kan..