Monday, February 20, 2012

Berenang dan Cramp

Kenapa ye Berenang Baik Untuk Kesihatan?

Antara kebaikan berenang yang pasti memberi pelbagai impak positif kepada perenang ialah:
~ Merupakan sunnah yang dituntut selain memanah dan berkuda
~ Mengembalikan kesegaran badan
~ Menghilangkan tekanan
~ Menguatkan otot jantung dan badan
~ Mengekalkan tubuh badan cantik
~ Aktiviti sukan yang paling sihat kerana melibatkan keseluruhan tubuh badan dan tidak mendatangkan risiko kecederaan
~ Sangat disarankan kepada yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma
~ Menghilangkan/ mengurangkan masalah sakit pinggang dan sakit kepala
~ Sangat baik untuk diamalkan untuk proses 'rehabilitation' (pemulihan) selepas kecederaan
~ Senaman yang baik untuk golongan slow-learner dan juga orang kurang upaya

Jom amalkan sunnah Nabi dengan BeReNaNG

Peraturan selama berada di kolam :

• Berhati – hatilah dikawasan kolam setiap waktu.
• Meskipun anda berenang di kolam peribadi atau umum, ingatlah untuk berhati – hati .
• Perenang – perenang baru harus di jaga oleh orang dewasa yang mempunyai penggunanan alat keselamatan dan prosedur darurat. Ingatlah bahwa nyawa manusia itu berharga.
• Tidak boleh berenang setelah makan.
• Pemanasan badan sebelum anda berenang untuk mencegah kram.
• Mengetahui ketrampilan berenang, dan mengetahui apa yang perlu anda lakukan dan tidak perlu anda lakukan, jangan ambil risiko di sekitar tempat latihan untuk menghindari kecelakaan.
• Belajar untuk mengapung dan santai di dalam air.
• Jika anda baru saja belajar berenang, sebaiknya belajar di tempat yang cetek.
• Jangan berenang sendiri walaupun anda seorang perenang yang baik. Lebih baik berenang dengan seorang pengawal kolam sedang bertugas (sesama jantina).
• Jika anda sedang bertugas mengawasi anak – anak yang berenang, jangan sekali – kali melepaskan pandangan anda dari kolam. Mereka dapat tenggelam dengan cepat.
• Orang yang kurang pandai berenang, jangan bermain rakit atau bermain ski air tanpa baju pelampung yang sempurna.
• Jika anda mendapatkan kram di lengan tangan, betis dan telapak kaki ketika berenang, segera berhenti dan meregangkan otot diluar kolam.
• Jika kamu merasakan kram datang saat berenang, segera berubah arah tujuan untuk kenepi.
• Jangan berenang pada malam hari di laut, sungai, atau kolam yang kurang pencahayaan.
• Meminta bantuan manakala jika mendapatkan kesulitan dengan berteriak dan melambaikan tanganmu.
• Keluarlah dari kolam jika ada kilat dan petir. 
• Jangan berlari tepi kolam, blh tergelincir dan luka atau jatuh.
• Jangan menolak orang lain dan ini dapat menghancurkan kepercayaan diri orang tersebut.
• Jadilah lebih bijaksana daripada perenang lainnya. • Jika diizinkan menggunakan peralatan, gunakanlah dengan hati – hati
• Jangan melompat ke kolam tanpa memperhatikan apakah ada seseorang lain dibawah.
• Jangan berenang di saat gelap kecuali jika ada pencahayaan yang cukup baik.
• Pastikan kolam tempat latihan anda tersedia alat pengapungan dan peralatan penolong.
• Jangan pernah meninggalkan anak – anak kecil tanpa pengawasan siapapun di kolam, karena anak – anak tidak pernah berpikir air sebagai bahaya. • Angkatlah anak – anak kecil keluar dari kolam jika ada henfon berbunyi atau jika ada hal lain. • Jika ada seorang anak yang hilang carilah dikolam pertama kali untuk menyelamatkannya.
• Ingatlah bahawa perenang yang baikpun dapat tenggelam......


Cramp Masa Berenang? 
Masalah seperti tertelan air, air masuk hidung, adalah masalah biase dan ramai dari kita juga alami masalah cramp. Tapi jangan risau, cramp ni perkara biasa. Cramp ni kiranya sakit yg tak kenal darjat, atlit pro pun kena, yang tak pernah bersenam pun kena, jadi kira normal la kalo kena cramp masa swimming.
Sebenarnye, masalah kejang2 cramp ni biasa terutama disebabkan kebanyakan dari kita kick tak henti2. Bila kita kick, otot akan berkontraksi (kecut & kembang dgn cepat) dan tak mampu nak relaks, especially kalau kita kick dalam keadaan tak relaks, kaki keras dan jari2 kaki mcm mencengkam, maka otot2 pun terlebih regang.

Pertama sekali, kita harus tau dalam freestyle, kaki cuma digunakan sebanyak 10%-30% saja berbanding penggunaan tangan. Yang paling penting sekali dalam freestyle, kita kena relaks, cuba apungkan badan, kick perlahan2 dan dengan kaki yang lurus.
Tendang dari peha, bukan dari lutut. Banyak orang tendang dari lutut, rupanya macam kayuh basikal, dan ini menyebabkan tidak byk propulsion (tujahan badan ke depan) masa berenang. Bila rasa slow camni, tu yang kita tendang banyak kali. Bila tendang banyak kali, mula rasa penat, bila dah penat, kita secara otomatik cam keras2kan kaki,keraskan badan, lepas tu badan tenggelam, lepas tu kita kick makin kuat bla bla bla seterusnya... haa..ni yg buat cramp.
Dari segi saintifik, cramp berlaku psl badan kita kehilangan mineral cam potassium, sodium, magnesium and kalsium masa kita berenang. Mineral2 ni dipanggil elektrolit. Pasal tu digalakkan kita utk selalu bawak air masa swim, letak kat hujung lane. Tau kita berenang dalam air, tak terasa berpeluh atau nak minum, tapi sebenarnya kita tetap berpeluh walaupun dalam air. Cuma kita je tak nampak peluh tu, tapi perasan tak kita selalu rasa nak gi toilet kan? Jadi, cuba amalkan, bawak air minum, lagi bagus kalo bwk Gatorade atau 100Plus, pastikan at least 30 minit sekali berhenti minum.
Boleh baca tips pengambilan makanan masa berenang2 kat sini:http://www.scribd.com/doc/38053722/nutrisi-renang

Kesimpulan yg boleh diberi utk elak kaki cramp:

1. buat land exercise/warm up secukupnya
2. biasakan utk relakskan kaki masa buat kicking
3. kalo kaki penat, apungkan badan relaks before sambung swim balik
4. banyakkan minum air masa training
5. alternate swim breastroke dan freestyle
6. Ada setengah orang kata, makan secubit garam before training (tak pernah cuba)

Cara2 merawat kaki cramp masa berenang:

1. Kalo kat tengah2 atau tpt dalam, cepat2 buat backfloat, regangkan kaki yg cramp dan picit dgn sebelah tangan, sambil tangan lagi satu tu paddle ke tepi
2. Regangkan kaki yang cramp tu, dan jari2 kaki tu halakan ke muka kita, cuba capai jari kaki dgn satu tangan (tapi tak semestinya kena sentuh, buat2 action je)
3. kalo tak baik2 jugak, gunakan ais utk urut kat tempat yg cramp tu
 
(Credit to page: FB Berenang Itu Best)


1 comment: