Monday, February 20, 2012

Berenang dan Cramp

Kenapa ye Berenang Baik Untuk Kesihatan?

Antara kebaikan berenang yang pasti memberi pelbagai impak positif kepada perenang ialah:
~ Merupakan sunnah yang dituntut selain memanah dan berkuda
~ Mengembalikan kesegaran badan
~ Menghilangkan tekanan
~ Menguatkan otot jantung dan badan
~ Mengekalkan tubuh badan cantik
~ Aktiviti sukan yang paling sihat kerana melibatkan keseluruhan tubuh badan dan tidak mendatangkan risiko kecederaan
~ Sangat disarankan kepada yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma
~ Menghilangkan/ mengurangkan masalah sakit pinggang dan sakit kepala
~ Sangat baik untuk diamalkan untuk proses 'rehabilitation' (pemulihan) selepas kecederaan
~ Senaman yang baik untuk golongan slow-learner dan juga orang kurang upaya

Jom amalkan sunnah Nabi dengan BeReNaNG

Peraturan selama berada di kolam :

• Berhati – hatilah dikawasan kolam setiap waktu.
• Meskipun anda berenang di kolam peribadi atau umum, ingatlah untuk berhati – hati .
• Perenang – perenang baru harus di jaga oleh orang dewasa yang mempunyai penggunanan alat keselamatan dan prosedur darurat. Ingatlah bahwa nyawa manusia itu berharga.
• Tidak boleh berenang setelah makan.
• Pemanasan badan sebelum anda berenang untuk mencegah kram.
• Mengetahui ketrampilan berenang, dan mengetahui apa yang perlu anda lakukan dan tidak perlu anda lakukan, jangan ambil risiko di sekitar tempat latihan untuk menghindari kecelakaan.
• Belajar untuk mengapung dan santai di dalam air.
• Jika anda baru saja belajar berenang, sebaiknya belajar di tempat yang cetek.
• Jangan berenang sendiri walaupun anda seorang perenang yang baik. Lebih baik berenang dengan seorang pengawal kolam sedang bertugas (sesama jantina).
• Jika anda sedang bertugas mengawasi anak – anak yang berenang, jangan sekali – kali melepaskan pandangan anda dari kolam. Mereka dapat tenggelam dengan cepat.
• Orang yang kurang pandai berenang, jangan bermain rakit atau bermain ski air tanpa baju pelampung yang sempurna.
• Jika anda mendapatkan kram di lengan tangan, betis dan telapak kaki ketika berenang, segera berhenti dan meregangkan otot diluar kolam.
• Jika kamu merasakan kram datang saat berenang, segera berubah arah tujuan untuk kenepi.
• Jangan berenang pada malam hari di laut, sungai, atau kolam yang kurang pencahayaan.
• Meminta bantuan manakala jika mendapatkan kesulitan dengan berteriak dan melambaikan tanganmu.
• Keluarlah dari kolam jika ada kilat dan petir. 
• Jangan berlari tepi kolam, blh tergelincir dan luka atau jatuh.
• Jangan menolak orang lain dan ini dapat menghancurkan kepercayaan diri orang tersebut.
• Jadilah lebih bijaksana daripada perenang lainnya. • Jika diizinkan menggunakan peralatan, gunakanlah dengan hati – hati
• Jangan melompat ke kolam tanpa memperhatikan apakah ada seseorang lain dibawah.
• Jangan berenang di saat gelap kecuali jika ada pencahayaan yang cukup baik.
• Pastikan kolam tempat latihan anda tersedia alat pengapungan dan peralatan penolong.
• Jangan pernah meninggalkan anak – anak kecil tanpa pengawasan siapapun di kolam, karena anak – anak tidak pernah berpikir air sebagai bahaya. • Angkatlah anak – anak kecil keluar dari kolam jika ada henfon berbunyi atau jika ada hal lain. • Jika ada seorang anak yang hilang carilah dikolam pertama kali untuk menyelamatkannya.
• Ingatlah bahawa perenang yang baikpun dapat tenggelam......


Cramp Masa Berenang? 
Masalah seperti tertelan air, air masuk hidung, adalah masalah biase dan ramai dari kita juga alami masalah cramp. Tapi jangan risau, cramp ni perkara biasa. Cramp ni kiranya sakit yg tak kenal darjat, atlit pro pun kena, yang tak pernah bersenam pun kena, jadi kira normal la kalo kena cramp masa swimming.
Sebenarnye, masalah kejang2 cramp ni biasa terutama disebabkan kebanyakan dari kita kick tak henti2. Bila kita kick, otot akan berkontraksi (kecut & kembang dgn cepat) dan tak mampu nak relaks, especially kalau kita kick dalam keadaan tak relaks, kaki keras dan jari2 kaki mcm mencengkam, maka otot2 pun terlebih regang.

Pertama sekali, kita harus tau dalam freestyle, kaki cuma digunakan sebanyak 10%-30% saja berbanding penggunaan tangan. Yang paling penting sekali dalam freestyle, kita kena relaks, cuba apungkan badan, kick perlahan2 dan dengan kaki yang lurus.
Tendang dari peha, bukan dari lutut. Banyak orang tendang dari lutut, rupanya macam kayuh basikal, dan ini menyebabkan tidak byk propulsion (tujahan badan ke depan) masa berenang. Bila rasa slow camni, tu yang kita tendang banyak kali. Bila tendang banyak kali, mula rasa penat, bila dah penat, kita secara otomatik cam keras2kan kaki,keraskan badan, lepas tu badan tenggelam, lepas tu kita kick makin kuat bla bla bla seterusnya... haa..ni yg buat cramp.
Dari segi saintifik, cramp berlaku psl badan kita kehilangan mineral cam potassium, sodium, magnesium and kalsium masa kita berenang. Mineral2 ni dipanggil elektrolit. Pasal tu digalakkan kita utk selalu bawak air masa swim, letak kat hujung lane. Tau kita berenang dalam air, tak terasa berpeluh atau nak minum, tapi sebenarnya kita tetap berpeluh walaupun dalam air. Cuma kita je tak nampak peluh tu, tapi perasan tak kita selalu rasa nak gi toilet kan? Jadi, cuba amalkan, bawak air minum, lagi bagus kalo bwk Gatorade atau 100Plus, pastikan at least 30 minit sekali berhenti minum.
Boleh baca tips pengambilan makanan masa berenang2 kat sini:http://www.scribd.com/doc/38053722/nutrisi-renang

Kesimpulan yg boleh diberi utk elak kaki cramp:

1. buat land exercise/warm up secukupnya
2. biasakan utk relakskan kaki masa buat kicking
3. kalo kaki penat, apungkan badan relaks before sambung swim balik
4. banyakkan minum air masa training
5. alternate swim breastroke dan freestyle
6. Ada setengah orang kata, makan secubit garam before training (tak pernah cuba)

Cara2 merawat kaki cramp masa berenang:

1. Kalo kat tengah2 atau tpt dalam, cepat2 buat backfloat, regangkan kaki yg cramp dan picit dgn sebelah tangan, sambil tangan lagi satu tu paddle ke tepi
2. Regangkan kaki yang cramp tu, dan jari2 kaki tu halakan ke muka kita, cuba capai jari kaki dgn satu tangan (tapi tak semestinya kena sentuh, buat2 action je)
3. kalo tak baik2 jugak, gunakan ais utk urut kat tempat yg cramp tu
 
(Credit to page: FB Berenang Itu Best)


Thursday, February 16, 2012

Tuesday, February 7, 2012

Kelengkapan Asas Renang

Hai hai haiiii....Ok, ni kira kelas pengenalan sblm mula renang. Seperti biasa, renang ni satu aktiviti senaman dan riadah yang paling sempoi dan menyeluruh. Kenapa sempoi? Pakaian dia sempoi, utk lelaki, pakai suar kecik (swimming trunk) pun dah cukup, takyah nak kena belik kasut, pakai selipar jepun je. Takdak pool kat umah? leh gi public pool, kot yang MBSA, DBKL, MBPJ punye baru RM3 paling mahai kalo time cuti. Kalo tak RM1 je utk bebudak dan RM2 utk dewasa. Mahal pun time mula2 je la nak beli baju renang dan set2 dia tu semua. Tapi tu sumer initial investment, bukan hehari kena beli. Menyeluruh? Ianya dikatakan senaman menyeluruh dari kepala sampai kaki. Semua anggota badan kita akan digerakkan semasa renang. Sapa kata tak bergerak anggota badan time renang, mungkin dia swimming di tempat lain seperti di katil kot..hehe..Lagi pulak, renang ni adalah satu senaman low impact. Dia dibuat dalam air, jadik bila badan kita melompat dan terloncat dalam air pun takpe, pasai dia low impact, sesuai utk mereka yg agak mengalami masalah kaki atau yang kurang melakukan senaman.

Keburukan? Ada ke? Yang terpikir, antaranya, kulit jadi gelap dan kering, tapi saya suka guna phrase tan, bukan gelap. hehehe. Tapi, fair and lovely dgn tahitian noni kan ada. Kedua, ialah kelaparan yang amat selepas swimming. Pasal dah workout kan, jadi padanla pun lapor. Kalo sekali-sekala lehla nak makan besar, tapi kot hehari, dinasihatkan bawakle epal barang sebijik dua time swimming. Lepas swimming, perut bergelodak lapor, mkn epal. Jangan pas swimming gi bantai roti canai dgn teh tarik. Sia-sia swimming.
 
Hiss, takde keburukannya swimming ni sebenarnya. Saja je nak tambah rencah. Kebaikan swimming lebih dari yg tak baik, jadi kenapa tak mulakan?

Apa yg perlu??..Baju renang??..Aisey..kenapa nak kena beli proper swimming attire, pakai t-shet dgn track bottom je takleh ke? Jawapannya: BOLEH tapi...

Kita selalu swim kat mana? Biasanya kat poolkan? Kalo yg hardcore pun takkanle hehari rajin nak gi sungai atau laut? (ni jwpn utk majoriti yg baca blog ni dok kat bandar, kot yg ada sungai depan umah tu lain ye :)) Betui tak, jadi alternatif dia ialah kat pool. Kalo kelas pun, takdenye instructor tuh gile nak awai2 ajor kat laut, wat naya ja.

Dalam pool, ada klorin dan soda bikarbonat. Klorin utk bunuh kuman dan soda bikarbonat utk jernihkan kolam. Bila kita pakai baju dgn material selain dari spandex dan lycra, cam t shirt kan dari kain cotton, warna dari kain tu cepat meresap dalam kolam sebab ada klorin. Ni klorin tau, bukan clorox, lebih 20x lagi power dari clorox tuh. Bila warna luntur, air kolam cepat keruh. Tuh kekadang kalo gi pool yg kurang strict (leh pakai tshirt etc) air kolam dia agak kurang memberansangkan, keruh sikit airnya. Jadi bila air keruh, cam tak best la sikit. Selain dari keruh, benang-benang dari tshirt tadi cepat tertanggal dan mungkin akan tersumbatla dia punyer pam-pam yg ada dlm pool tu. Lagipun wat rosak baju ja, kaler luntur, takda cantik lagi maa.

Sekrg baju utk muslimah pun dh byk, cun-cun lagik. Agak2 kalo malas nak tukar baju lepas swimming, jemur kat panas jap, dah kering leh terus gi jejalan. Hehehe.

Tutup aurat tu...skrg ni nk lepak2 tepi kolam, pakai je baju renang muslimah..boring2 sembang atas darat, leh sambung sembang dalam air..

Mahal la baju swimming? Aiyaa..sapa kata mahal? Itu Carrefour, Tesco ada murah punya maa.. tak sampai RM50 sudah dapat baju 1 sama suar 1. Itu suar tight, pasar malam pun ada juai. Saya hari2 swimming pon, itu baju boleh tahan dekat 1 tahun woo.

Goggle? Kenapa pakai goggle? Itu air klorin+soda bikarbonat daa...tarak baik utk mata. Kasi pakaila itu goggle. Lagi u boleh bukak mata dalam air apa. Kasi tgk macam2 pesen orang berenang, berjalan-kunun-cam-berenang pun ada. :)

Murah je goggle ni..kalo kt kedai 2 ringgit..mmg harga dia dua ringgit..tp kalo ada duit lebih, beli le mahal sket..kt Giant ada..dlm RM20 je...
Ear plug? Ni taknak kasi air masuk dalam telinga. Tapi saya pun jarang pakai. Oh ya, kalo air masuk telinga, camana? Owh tidak.. Camana? Jawapan: Bior jela, air pun bukan masuk menderu2 dalam telinga tuh, loncat2 sikit nanti dia kuarla.

Swimming Cap? Kot rambut panjang tu seeloknya pakaile, kang terkisai-kisai rambut tu. Nak betul rambut lagi, nak blow bubble lagi. Ada tiga jenis swimming cap, satu yang kain dan satu lagi silikon, satu lagi kain campur silikon sikit. Yg kain tu dia serap air tapi rambut kemas la. Yg silikon tu kalis air, tapi agak ketat. Alternatif yang best ialah beli satu lagi jenis dipanggil pace cap. Tak ketat, air masuk pun tak banyak. Cuma mahal sikit tapi, boleh guna banyak kali, jadi tak rugi pun. Tapi, sapa yg jaga rambut, elok pakai silikon, kang rambut keras, guna jari kaki pun belum tentu boleh...

Ni contoh cap muslimah...tutup aurat kan??.. Lagi satu renang board..ni nk bg kita terapung...besok2 dah pandai, boleh derma benda alah ni kt kwn2..hehe..

Berenang Breaststroke

Entri ni ada dlm web ni...
 
Jenis2 Strokes/Kuakan

Gaya renang atau kuak. Ia dipanggil kuak pasal bila berenang, tangan atau kaki kita akan terkuak/ terbuka utk menkedepankan badan kita. Ada banyak jenis stroke sebenarnya, tapi yang popular cuma ada 4 aje:

1. Kuak dada/Breaststrokes (kalo nak tau, ni yg org kekadang panggil kuak katak tuh)
2. Front Crawl/Gaya Bebas*
3. Kuak Lentang/Back Strokes/Back Crawl
4. Kuak Kupu-kupu/Butterfly

* Nama front crawl dalam BM tak tau la.Kalo dalam pertandingan, Gaya Bebas tu sebenarnya adalah kategori, bukan jenis renangan. Dalam kategori gaya bebas, sebenarnya perenang leh je wat apa jenis kuak pun, dog paddle ke, kuak katak ke pe ke. Tapi ramai buat front crawl (pasal ianya yg terpantas) jadi bila dalm bahasa melayu, front crawl ni org kita Gaya Bebas, tak sesuai la pulak kot nak panggil Merangkak ke depan..:P

Kenapa letak dalam susunan 1,2,3 dan 4 camtu? Tu disusun dari kuak mana yang senang utk dipelajari. Memg cam syllabus standard lak, first stroke belajar mesti kuak dada, pehtu gaya bebas dan baru yang lelain. Kuak dada tu, walaupun dari segi teknikal, ianya agak sukar, tapi bila tang kita nak ngajor dan belajar, ia senang sikit nak dapat. Walaupun kuak dada yg dapat tu tidak lagi 100% betul secara teknikal, tapi at least dapatla bunga-bunga dia dulu sikit. Kang kalo ajar kuak yg lain dulu, tak dapat2, frust, give up langsung taknak belajar dah lak kang. Kuak lentang dan kupu-kupu tu kira advanced sikit punye strokela. Dan setakat ni, tak pernah lak jumpa orang yg tau kuak kupu-kupu terus. Paling kuat kalo yg ada basic pun, mmg start dgn kuak dada a.k.a kuak katak takpun gaya bebas, tapi style berenang yang digelar "ala kampung" = tak betul teknik dan memenatkan. (mintak maaf orang2 kampung)

Ni je utk intro kelas hari ni. Next artikel, akan belajar psl blow bubbles. Blow bubbles ni adalah latihan/kaedah utk bernafas dalam air. Yela, takkan sepanjang2 jalan kita renang nak tahan napas je. Mampuih le cam gitu. Sebelum tu, nak tanya sikit. Kalo korang bernafas, perut korang kempis ke kembung? Cuba cek kasi tgk sekarang. Mana satu betul, kempis ka, kembung ka??


Sebelum mulakan renangan, pastikan warm up dulu...camner??..buat bubble dlm air..baca info asas renang
Mula2 kelas dulu aku blaja breastroke..camner rupe dia??..cuba tengok bawah ni..
Sekali tengok cam katak kan??..haaa ada yg namakn style ni  renang katak..glamour katak yuuu...heheh..

Web2 yg menarik ttg breastroke....click for:
1)breast stroke animation
2)camner nk kick cam katak tu

How to write a research paper

Here are some useful links:
http://www.experiment-resources.com/write-a-research-paper.html
http://web.up.ac.za/sitefiles/file/40/753/writing_an_academic_journal_article.pdf

Baucer buku 1Malaysia

2012 tahun bertuah..knapa??..because gov gives books voucher RM200...wooww..everybody feel sooo happy..me too..since this year is my last year (hope so..hehe) then what should i do with this voucher??..





Ada 4 keping..setiap baucer bernilai RM50..
7/2/2012-i used rm100 to buy academic books for my kids (UPSR & PMR) including dictionaries, stationaries, and comics (for me i bought Midi..heheh)
  
Ada ke yg marah i??..huhu..pls laaa..i used more than rm200 (RM2k i think) to buy book and all my studies materials during my early stage of my research...so do i need buy books again??..no no no..it was given to me, and i used it at the right way...i still have another Rm100 voucher (expired date will b march 2012)

Kelas Renang Anakair PADE

Hari ni register swimming class with anakair..

Yuran: dewasa RM150 (4 levels) + RM30 (reg)
           kanak2: RM110 (4 levels) + RM30 (reg)

Dapat free : cap + food & drink (after class)

Wednesday, February 1, 2012

TGNA nak dibunuh??

Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini... Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.


Akaun facebook Mohd Safuan Hilmi telah ditutup. Kenapa beliau menutup akaun facebooknya? Anda boleh baca ceritanya di blog bawah ni:
http://syukran.wordpress.com/2010/04/30/nik-aziz-terima-ugutan-bunuh-dari-pemuda-umno/
p/s : kes lebih kurang sama ngan Aduka Taruna & Rafiqin Darwisy.

TERBARU!!!!...dah kena tahan budak ni..baca